Friday, September 07, 2007
Piknik di Tentsmuir Beach

Assalamualaikum wbt semue,

Arakian bermulalah suatu kisah, terdapat seorang tabib yang baru mengubat ibu tua yang sakiiiiit (cewah,mcm iklan ubat batuk cap ibu dan anak). Adapun semasa tabib itu (actually,masih seorg student medic) sedang bertafakur di bawah pohon di Balgay Park, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa musim panas tabib itu mendapat suatu ilham. Kata tabib tersbut," Indah sungguh cuaca,alangkah sayangnya kalo tidak pergi berkelah bersama member-member". Akhirnya, tabib itu pun mempelawa sahabat-sahabat beliau utk pergi berkelah pada hari Sabtu 25 Ogos 2007.


Image Hosted by ImageShack.us

Kontinjen Dundee sedang berdiskusi (bukan berdiskosi) mane nak pegi. Lepas bincang2, akhirnya kami decide pegi ke Tentsmuir beach. Kereta Ust Amin (Ust Amin, Kak Fa, Nabhan, Hanan) mengetuai rombongan, diekori rapat oleh kereta Aisyah (Aisyah, Mirin, Kak Lin, Kak Maziah, Irfan).

Image Hosted by ImageShack.us

Kalau berkelah, mestilah kene makan atas tikar mengkuang or carpet. Makanan letak kat tgh2, pastu ramai2 keliling makanan sambil duduk atas tikar. Baru mcm satu family Smile

Image Hosted by ImageShack.us

Cayalah Mirin, power sungguh rendang or kari or whatever that it. Tgk kaler pon dah tau sedap giler. Ape die? Nak tahu resepi? Cube tanye pakcik Brahim,hahaha

Image Hosted by ImageShack.us

"Ngaaaaa!! Makan budok!" kata Aisyah seraya memakan epal terebut. Sementara Aisyah dgn kemanisan epalnya, Kak Maziah dan Kak Leen layan nasi himpit. Semalamam tuh nak buat nasik tuh,hehe

Image Hosted by ImageShack.us

Kiri: Aisyah dan Nabhan. Kanan: Memperkenalkan Fatimah Zatul Hanan, the girl version of Nabhan :P

Image Hosted by ImageShack.us

Setelah makan2, kami pon mula berjalan ke pantai. Angin time tuh mmg best, suhu angin tu pon mmg best, so agak santai ketika berjalan ke pantai. Since pantai tuh ade pasir, so sesape yg pakai sandal akan rasa lebih nyaman :)

Image Hosted by ImageShack.us

On the way to the beach from the picnic area. Cewah, jalan macam model la plak.

Image Hosted by ImageShack.us

Skrg dah quarterway ke pantai so amek gamba sat. Rumput tu nampak je harmless,tp actually agak tajam,so sakit gak laa kalo terkene hujung die.

Image Hosted by ImageShack.us

Skrg baru halfway ke pantai. Xebelum sampai kat pantai, jalan telah dilintasi aliran air yg agak dalam, so sape2 yg pakai kasut tuh xleh nak lintas. Nasib baik ada orang yg pakai sandal (Mirin n Irfan), so bleh laa tolong carikkan kayu kayan or papan utk dijadikan jambatan. Kelihatan dlm gamba ni Aisyah cube meniti penuh cermat, diikuti Kakfa yg menggendong Nabhan yg nyaris-nyaris nak jatuh.

Image Hosted by ImageShack.us

Amek gamba lagi. Dari kiri: Kak Fa, Nabhan,Aisyah, Kak Leen, Kak Maziah.

Image Hosted by ImageShack.us

Kiri: Antara aktiviti bile dah sampai kat pantai ialah main bola atau kalo nak lebih akurat (accurate) lagi, main sepak-sepak bola. Kanan: Aktiviti kedua ketika di pantai, sambung makan lagi :D

Image Hosted by ImageShack.us

Aktiviti ketiga ketika di pantai. Inilah karya Mirin yg diberi nama Doggie the smiling dog. Mmg banyak anjing yg dibawa berjalan2 kat pantai tuh,lalu memberikan Mirin idea utk tema lakaran beliau.

Image Hosted by ImageShack.us

On the way balik ke kereta. Kami lepak2 kat pantai tuh dalam sejam lebih kot.

Image Hosted by ImageShack.us

Dari kiri: Gaya, Mutu, Keunggulan (dan cool,hehe)

Image Hosted by ImageShack.us

Begitulah berakhirnya kisah konvoi kami ke Tentsmuir beach. Sungguh tak sia2, krn cuaca alhamdulillah sangat baik, dan makanannya pon alhamdulillah edible and of course la sedap :) InsyaAllah, kalau ada summer yang panjang, boleh kita berkelah lagi. Dari kiri: Ust Amin (mendukung Nabhan), Kak Fa (mendukung Hanan), Kak Maizah, Aisyah Mirin. Jurukamera: Kak Leen. Irfan pergi carik kumbang kat mane ntah.

Image Hosted by ImageShack.us

Ps: Ade kude tau kat Tentsmuir beach buleh tunggang kalo nak,tp kene bayar la kot. Dari kiri: Lupin, Voldemort (muahahahaha)


Picture courtesy of Aisyah


Posted at Friday, September 07, 2007 by mirin_yeah
Make a comment  

Sunday, August 26, 2007
BBQ KMD Summer 2007

Assalamualaikum wbt semue,

Pada 26 Mei 2007 (sabtu), KMD telah mengadakan satu jamuan barbeku bertempat di Camperdown Park. Jamuan ini bertujuan utk memberikan warga KMD peluang membakar ayam dan kambing seraya meraikan ahli2 KMD yg akan pulang ke M'sia for good atau berhijrah ke tempat lain.Okeh, now lets get down to describing the event!!


Image Hosted by ImageShack.us

Mcm biasa,bujangs-bujangs mendapat tender ayam, dan proses marinate bermula sehari sebelum BBQ. Hedzril kelihatan teruja oleh ayam2 yang akan di marinate beliau sebentar lagi. Cereal yg kat tepi tu bukan milik Nizam.

Image Hosted by ImageShack.us
 
Esoknya, ayam2 tuh dah jadik mcm ni, disertai oleh daging kambing, burger dan sosej. Obviously, animals WERE harmed in this production, aum :P

Image Hosted by ImageShack.us

Inilah rupa kambing yg telah dimarinate (maybe kambing biri-biri kot) dalam proses di gril. Siap ade asap2 tuh, sungguh menggiurkan!

Image Hosted by ImageShack.us

Kiri: Abang Fadhli tgh buat jutsu Katon Goukakyu No Jutsu untuk membakar ayam spt Sasuke kun. Kanan: Zharif (berbaju belang-belang), Abang Fadhli dan Nizam (guy with that black glasses) bekerjasama membakar something.

Image Hosted by ImageShack.us


Antara symptom seorang amatur membakar ayam adalah dia berdiri mengadap asap, seperti saudara Mirin. Kelihatan Fetty menyapa anak Ust Lutfi dengan berkata," Wassap small person?" Hedzril memandang di kejauhan.

Image Hosted by ImageShack.us

Ayam n biri-biri bakar bukanlah satu-satunya juadah yang ada. Ahli2 KMD sume terer masak, apatah lagi yg bujang-bujang tuh (hahaha). Berkonsepkan potluck, masing-masing membawa hidangan yg tersendiri, dari makanan berat kpd air kpd dessert. Semuenye best2:D

Image Hosted by ImageShack.us

Who says guys can't do multiple task? Abg Fadhli membuktikan bahawa guys can do multi-task dengan membuat demonstrasi membakar ayam dan membakar kambing serentak, bak kata pepatah, sambil menyelam tangkap ikan.


Keistimewaan BBQ KMD pada tahun ini adalah ada pertandingan khas untuk golongan wanita. Pertandingan ini dinamakan Fruit Garden (not Fruit Basket the manga tuh). 3 team yg akan bertanding, 1 team yg akan menang. 3 Iron Chefs (Kak Fa, Mak Ust Amin dan Mirin) menjadi juri umumnya. Perserta diberikan 4 jenis buah, tembikai, pisang, oren dan epal merah. Menggunakan cuma pisau, sudu dan garfu, mereka dikehendaki menghias buah-buahan tersebut menggunakan kreativiti memasing. Ikuti perkembangannya di bawah nie!!


Image Hosted by ImageShack.us

Kelihatan Kak Inda penuh konsentrasi menghias buah sambil dibantu co-workers yg lain. Kak Maziah pon penuh konsentrasi juge, barangkali sedang consider perlukah letak  steel reinforcer dlm buah2 tu, baru kukuh sket,hahaha

Image Hosted by ImageShack.us

In the middle of the Battle for Middle Earth (ape aku merepek ni?) Kakak-kakak sekalian, jgn terpotong jari sudah la.

Image Hosted by ImageShack.us

"Uooooooh!! Dah masak ni! Dah masak ni! Wah lau wei!!" kata Abg Fendi yg clearly teruja melihat ayam yg baru jek diletak tuh, ditemani (from left) Nizam, Hedzril, Abg Fadhli dan Zharif. Ps: Kejadian ini berlaku ketika pertandingan Fruit Garden sedang berlangsung.

Image Hosted by ImageShack.us

Team A, a.k.a The Adorable Oneswas one of the team competing in Fruit Garden. The team member were (from left) Siti, Kak Faszilah, Lina and Hermione Granger (bukan nama sebenar,not in the picture). This team's theme was "adorable as a baby Doraemon", what a nice rhyme. They created a baby's cradle using watermelon, and it looks really adorable and cute. Lina was the spokesperson, and she was saying," Yeah, this rawk baby!!". I......dunno what to say,hahaha

Image Hosted by ImageShack.us

Team B, who also called themselves The Brilliant Babes, who consisted of (from left) Fetty, Iftida, Kak Ashi and Kak Farhana (white tudung, black jacket) came up with 3 designs (the one at the right side). They claimed that the theme they opted was "fruity" (duuh....ahahaha). Kak Ashi as the spokesperson for The Brilliant Babes explaining the fruit to one of the jury. Good work girls!!

 Image Hosted by ImageShack.us

Team C, also known as The Cun Girls!! choose Kak Inda as their spokesperson. This team, consist of (from left) Kak Imah, Kak Maziah, Kak Zurina and Kak Inda uses the theme "an apple a day keeps the doctors away", although there are other fruits as well. They came up with 2 designs. "A watermelon a day keeps the doctors away also what", said Kak Inda with pure confidence. Lina and Hermione Granger watches curiously.

Image Hosted by ImageShack.us

The juries were having a hard time deciding points for the teams. Points were given according to the creativity (if the watermelon still looks like a watermelon in the end,er..that's not reeeally creative), aesthetic value (how beautiful can u carve watermelon and decorate it) and of course, edibility (watermelon skin can be beautiful, but i dunno any of my friend who eat them).


Okeh,selepas masa menghias buah tamat, acara makan2 diteruskan lagi. Dalam majlis BBQ tahun ini, ada beberapa warga KMD yang akan berhijrah keluar dari Dundee,same ade pulang ke M'sia for good, atau perpindah ke tempat lain. Mereka2 ini ialah family Abg Jamal-Kak Farhana, Rafiz, Siti dan juge Hedzril (now belong in the working class). Selamat jalan kpd korang semue, semoga berbahagia ke anak cucu (particularly Rafiz) and jangan lupekan kitorg yek!


Image Hosted by ImageShack.us

Rafiz (kiri) menerima cenderahati drpd pihak KMD, diwakili Ust Lutfi. "5 tahun dah saye kat Dundee ni, 5 tahun dah saye study medic. Last2, dpt gak saye kawin,ehehe", ujar Rafiz. Err, mcm xde kaitan,hahahaha (sori aa Rafiz,gurau jek,nges nges)

Image Hosted by ImageShack.us

Abg Jamal (kanan) pun menerima cenderamata drpd pihak KMD. "Hore!" kata beliau kegembiraan.

Image Hosted by ImageShack.us

Inilah die team yang berjaya memenangi pertandingan Fruit Garden, Team The Adorable Ones!! Ust Lutfi menghulurkan hamper kemenangan kpd wakil team tersebut, Kak Faszilah dan Siti.Tahniah kepada korang!! Kpd team2 lain,jgn risau, next time try again bak kata pepatah Abg Zaidi, "Ada lori ada Megabus, lain hari buleh balas".

Image Hosted by ImageShack.us

From left: Pakcik Yatiban,  Makcik Ramlah, Iftida, Siti, Kak Fa (memeluk Hanan), Hedzril (blakang skali), Ust Lutfi, Kak Ashi, Nuha, Abg Fendi (blakang skali), Fetty (memeluk Nabhan), Hubaiyt, Kak Inda (memeluk Danish), Zharif, Nizam, Mirin, Rafiz, Kak Farhana (memeluk Dania), Abg Jamal, Abg Fadhli (memeluk Nuha), Mahirah, Kak Imah, Abg Zaidi (memeluk Maisarah), Kk Faszilah.


Terime kasih diucapkan kpd smue atas penat lelah dan usaha yg diberikan utk memastikan majlis berjalan lancar. And thanks for the food as well:) Kepada yang akan berpindah, Selamat Jalan diucapkan. Semoga berjumpa lagi di lain hari. Saya akhiri tulisan ni dgn serangkap pantun.

Kalau ada swimming pool di ladang,
Buleh kite menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Buleh kita berjumpe lagi.

Cewah,klasik gitu.Sekian, terime kasih:D



Image Hosted by ImageShack.us


Pictures courtesy of family Dr Khai dan Kak Inda http://inda2681.fotopages.com


Posted at Sunday, August 26, 2007 by mirin_yeah
Make a comment  

Monday, May 21, 2007
Fruit Garden Rules and Regulations

Assalamualaikum wbt kpd kakak-kakak sekalian,

Sepertimana yang dirancangkan,salah satu aktiviti riadah 30 minit semasa BBQ KMD sabtu ini adalah Fruit Garden, which basically ialah decorate buah. Dengan ini,saye selaku Iron Chef ingin memberikan sedikit penerangan,heheh.


1. Pertandingan ini hanya terbuka kpd kaum Hawa shj. Hanya 3 team shja yang bertanding. Sesiapa yg ingin masuk bertanding akan mencabut nombor utk menentukan team beliau.So,kalo ade 9 org nk main,then 3 org per team.

2. Ingredients yang akan diberikan insyaAllah ialah Tembikai, Oren, Pisang dan Epal Merah. Alatan yang akan diberikan pula ialah 1 Pisau, 1 Sudu, 1 Garfu, 1 Pring.

3. Markah akan diberi berdasarkan 3 kriteria: Creativity (betapa kreatifnya rekaan buah tersebut), Aesthetic Value (betapa cun nyer buah-buahan tersebut) dan Edibility (penting nih, sbb kalo buah cun tp xde bende yg buleh dimakan pon x gune ma). Owh,lupe plak. Buah-buahan ini lah yg akan jadi pencuci mulut, so jgn membazir yek!

4. Masa menghias/menggubah adalah 30 minit shja. Hadiah cume satu jek,so GANBATE!!!


Okeh,tu jek kot. So, buleh laa start practice menoreh or mengukir. Saye n hsmate dah try buat dah, agak seronok dan klaka, penuh dgn seni, contohnya seperti gambar di bawah ni. Well then, see you there!!!


Image Hosted by ImageShack.us

Gambar menunjukkan gubahan buah epal merah dan oren yang didakwa akan mendapat markah paling tinggi dlm pertandingan pada sabtu 26 Mei 2007. Design ini direka oleh Mirin, mengambil idea dari game Pacman yg terdapat dlm frenster Iftida. Oren diukir oleh Nizam,manakala epal ditoreh oleh Mirin.


Posted at Monday, May 21, 2007 by mirin_yeah
Make a comment  

Barbeku dan Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum wbt semue,

Dengan ini,saye ingin memaklumkan KMD ingin mengadakan BBQ sempena musim panas sekaligus meraikan rakan2 yang akan balik ke M'sia ataupun yang akan berpindah dari Dundee. Berikut adalah beberapa details aktiviti tersebut: 

Tempat: Camperdown Park
Tarikh: 26 Mei 2007 ( Sabtu)

Masa: 9.30 a.m

 

Aturcara:

 

8.30 am: Datang awal and cop tempat.

 

9.30 am: Ketibaan semua ahli KMD dan golongan marhaen.

 

10.00am: Kata aluan Penghulu dan tazkirah ringkas

 

10.30 a.m: 


Makan ringan dulu (aka warm up perut,huahaha) dan start memasak BBQ


Menu:

        Ayam dan kambing untuk BBQ akan disediakan oleh KMD.

        Nasi putih dan Bihun goreng .

        Buah-buahan pencuci mulut

        Pencuci mulut- Sape2 yang sudi bawak,buleh laa bawak.
 

Aktiviti rekreasi dan riadah selama 30 minit (sementara BBQ sedang dalam proses dimasak). Lepas main2 ni,buleh sambung memasak.

 

  • Ultimate Frisbee: Nizam akan memberikan tunjukkan bagi bermain frisbee dan peraturan Ultimate Frisbee.
  • Fruit Garden: Acara menghias buah bagi kaum Hawa. Akan di kelola oleh Mirin dan Kak Fa.
  • Secara alternatif permainan bola sepak boleh diadakan bagi menceriakan lagi aktiviti (in case windy sgt)

11.00: Sambung masak BBQ dan seterusnya makan!! Dan penyampaian hadiah dan cenderahati bagi mereka yang akan meninggalkan Dundee.

 

12.00 a.m.: Acara bebas



Image Hosted by ImageShack.us

Inilah gambar time BBQ KMD 3 tahun lepas.Time tu saye 1st year lg, rambut pon cool jek,heheh. Gambar ini juge berjaya masuk ke Salam Perantauan.

Kalo ade sebarang soalan atau pertanyaan yang berkobar-kobar, boleh la tanye kat Zharif (07783663079) atau Mirin (07841576184)


Posted at Monday, May 21, 2007 by Judasa
Make a comment  

Thursday, March 29, 2007
Pantun Melayu dan P Ramlee

Assalamualaikum wbt semue, dah lame x update blog nih,maklumlah, xde pape yg dianjurkan under KMD. So, alang2 jumpe bende klaka nih, terimalah pantun2 klasik melayu, dan video clip P Ramlee ini nges nges nges..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang

Psang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang-utang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan lagi

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa ah
Pakailah warna kuning ke,hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, pompuann manyak muda
Ana manyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang,haaa yang tu sedap

Sekian diucapkan. Kepada
semua, majulah sukan untuk negara.



Video tentang Allahyarham P Ramlee, by MMU students.




Lagu "Obat" dari cerite P Ramlee, Doremi.


Posted at Thursday, March 29, 2007 by mirin_yeah
Comment (1)  

Tuesday, February 13, 2007
Mugetto Bowling Tournament

Assalamualaikum wbt semue,

Pada 10 Februari 2007 yg lps, Komuniti Melayu Dundee (KMD) telah menganjurkan Mugetto, singkatan kpd Muharram Get Together. Program ni bertujuan utk mengingati peristiwa Hijrah Rasullullah SAW. Kalo tahun lps KMD buat lawatan ke Lecht sempena Awal Muharam, maka tahun ni KMD buat Tournament Bowling pulak.Start kumpul di Dundee Megabowl pukul 10am (as usual, Rafiz yg pertama skali sampai), n start main kol 11.15am. Saksikanlah aksi2 lasak org Dundee, dan tetamu mereka dari Glasgow!!


Image Hosted by ImageShack.us

Kelihatan muda-mudi Dundee mempersiapkan diri utk kejohanan bowling julung2 kali KMD ni. Pengarah program, Nizam Petrelli kelihatan sedang mengambil sesuatu dr Shidi, kemungkinan besar duit yuran pertandingan. Team2 bowling dibuat dgn menggunakan cabutan, 3 org per team. Akhirnya, 4 teams berjaya ditubuhkan, masing2 dgn kelebihan yg tersendiri.

Image Hosted by ImageShack.us

First, Team A, also known as The Memori Daun Pisang, dianggotai oleh Liyana, Hedzril dan Rafiz. Lead by Hedzril, this team's specialty is Pin Point Next To The First Pin Headlong Bowling Hit. Although the ball is slow, never underestimate the accuracy. Wacaaaa!!

Image Hosted by ImageShack.us

Next in line is Team B, also known as The Tetralogy of Fallot, consists of Abg Zaidi,Mirin and Shidi. This team has some serious offensive power ma, thanks to their ultimate techniques, Snake Shot, Thor's Hammer and Rasengan. We'll see what those are later. Yeah!

Image Hosted by ImageShack.us

The 3rd contender, Team C, hereby known as The Hobbits From Shire, consists of Nuha, Kak Fazilah and Iftida, plus some more litte children (thus, the name). However, as old people say, "small-small chilly paddy". They use this awsome technique called The Wrath of Beginner to strike fears into others, and another cool technique called Lucky!!  to accidentally get some strikes. Feeweeeet!!

Image Hosted by ImageShack.us

Lastly,Team D, famously known as The Aja-aja Fighting! team, consist of Dr Kai, Nizam and Siti. A serious contender in this tournament, this team uses 2 highly difficult skill, the Point Blank Throw technique and the Enter The Dragon technique. Aja-aja fighting!!

Image Hosted by ImageShack.us

Left: Rafiz, already launching his specialty move, Pin Point Next To The First Pin Headlong Bowling Hit (Ps: kasi nama pendek sket xleh ke?). Eventho it's slow, the accuracy compensate for that. Right: Hedzril....doing something.

Image Hosted by ImageShack.us

Left: That's Shidi with his Snake Shot which send the ball to make a crazy curve like a slithering snake into the pin. Fssssshhh!! Right: Abg Zaidi with his favourite move, Thor's Hammer. Wiu wiu wiu!!

Image Hosted by ImageShack.us

Left: Witness the prowess of Mirin's genius move called Rasengan. The spinning ball promise only one thing - Strike. Right: Ifitida, the creator of the technique called Lucky!! on the move. Though these two moves look the same, one of them requires high amount of luck to get a strike, muahahaha.

Image Hosted by ImageShack.us

Left: A failed move execution could result in... u can guess what  by looking at the ball's direction. Right: Dr Kai, the owner of the move Point Blank Throw, releasing the ball without running at all! Wow!

Image Hosted by ImageShack.us

Nizam, executing his ultimate move, Enter The Dragon in full speed with the equation E = MC2 in his mind. Strike is what the result would be.

Image Hosted by ImageShack.us

Abg Zaidi dan anakanda beliau, Maisarah, berserta Rafiz dgn anakanda kawan beliau, Danish. Hedzril memerhati penuh minat.

Image Hosted by ImageShack.us

Abg Zaidi cuba mengajar Maisarah utk salam tangan Danish. Hedzril masih memerhati penuh minat...dengan anehnya..

Image Hosted by ImageShack.us

Maisarah salam Danish. Hedzril....................................that's pretty scary...

Image Hosted by ImageShack.us

Inilah wajah2 hensem pemenang Mugetto Bowling Tournament yg gembira menerima hadiah tempat PERTAMA!!! Tahniah kpd team The Tetralogy of Fallot!! Memetik ucapan Abg Zaidi," Takpelah korang, lain kali cube lagi. Ade lori ada Megabus, lain hari buleh balas".

Sebelum upacara penyampaian hadiah, Ustaz Lutfi dengan sukarelanya memberikan sedikit tazkirah tentang peristiwa hijrah. Jamuan ringan juga telah disediakan, hasil titik peluh (dont take that literally okeh?) org2 KMD yg membuat potluck memasing. Penghargaan diberikan kpd semua yg menjayakan program, dari yg bermain kpd yg membuat juadah, dan yg datang ke Rumah Bujang Fleuchar Street. Tengkiu2:D


Posted at Tuesday, February 13, 2007 by mirin_yeah
Make a comment  

Monday, January 29, 2007
Bye bye Dundee, Welcome Glasgow

Assalamualaikum wbt semue,

Pada hari sabtu lepas, 27 januari 07, Dr Khai sekeluarga meninggalkan Dundee utk berhijrah ke Glasgow. Ramai juge yg tolong memindahkan barang; satu van dan 2 kereta. Kerja2 "menurun" kan barang2 dari flat Rosefield Dr Khai bermula sekitar kol 10am, n setel sume skali around kol 12pm. Perjalanan ke Glasgow mengambil masa dalam 1 jam setengah. Kami pulang ke Dundee semula pada pukul 8.30 mlm.


Image Hosted by ImageShack.us

Jangan risau, by the time kitorang tengah posing ni, semue kerje2 mengemas mahupun menurun telah pun dijalankan:)

Image Hosted by ImageShack.us 

Krew2 Syarikat Memindah Dundee Sdn Bhd. Dari belakang kiri - Fetty,Rafiz,Hedzril, Iftida.Dari tengah kiri - Kak Inda,Nurul,Kak Ashi, Siti. Dari depan kiri - Mirin,Nizam, Shidi, Ustaz Lutfi. Cameraman - Dr Khai.

Image Hosted by ImageShack.us

Rombongan memindah diketuai oleh Dr Khai.  Sepertimana yg anda semue boleh saksikan, BMW sememangnya sungguh laju. Owh,btw, cun btol jambatan itu.

Image Hosted by ImageShack.us

Rafiz the van driver, Fetty the co-pilot and Nizam the insignificant one (tersembunyi di blakang Fetty). Gambar ini diambil ketika kereta yg dibawa oleh Hedzril (kete Ust Amin) memotong van tersebut. Kepada kanak2, don't try this at home...or on the road!!

Image Hosted by ImageShack.us


Kereta Dr Khai paling depan,diikuti dengan kereta Ust Amin (dibawa Hedzril) dan the van (1st person view). Untuk pengetahuan anda, van ini dilengkapi GPRS Tomtom. Sungguh cool...

Image Hosted by ImageShack.us

Setibanya di Glasgow, pekerja2 pemindah lantas memindahkan barang dari van. Secara jujurnya,saya tidak mengetahui akan kenapa salah seorang dari mereka berkelakuan sedikit aneh,barangkali barang yng dipegangnya begitu berat,huhuhu.

Image Hosted by ImageShack.us


"Eyaaah!!", kata Rafiz kepada Nizam untuk menaikkan semangat Nizam agar tidak putus asa mengangkut kotak yang besar itu. Owh, by the way, rumah Dr Khai ada di tingkat tiga.

Image Hosted by ImageShack.us


Gambar kiri - Siti dan Hedzril berganding bahu mengangkat tempat tidur Danish Raza. Gambar kanan - Mirin dan Rafiz mengangkat kotak besar, sambil diperhatikan oleh rakan2 sekerja mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar kiri - Unit mengemas dapur diketuai oleh Kak Inda,dan dibantu oleh Siti. Gambar kanan - Mirin menyusun dvd2,dan pada masa yang sama turut meng usha dvd2 yang best, boleh pinjam nanti.

Image Hosted by ImageShack.us

If you think these guys don't know what they are doing, then you are wrong! Kelihatan Hedzril cuba memberi penerangan cara2 memasang surround system itu kpd para penonton.Walaupun wayarnya banyak dan berserabut, Mirin dan Hedzril tetap berjaya memasang surround system tersebut.

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar kiri - Danish Raza (the baby) bin Saiful Khairy (the daddy). Gambar kanan - Danish Raza (the baby) and Rafiz (the nanny). Behold!! The skill of the man who WILL get married! :D

Image Hosted by ImageShack.us


Selesai mengemas, kitorang pon releks2. In just a few more minutes,dinner will be served! PS: Sure ade someone yg tgh buat lawak kat depan tuh,kalau tidak, masakan Nizam dan Iftida tergelak. I bet that someone is...Siti,ahahaha.

Image Hosted by ImageShack.us


Dr Khai dan Kak Inda bersama teman2 yang menemani dan menolong mereka berpindah ke rumah baru di Glasgow Darul Takzim.


Begitulah kisahnya penghijrahan Dr Khai sefamily ke Glasgow. Setelah hampir 9 tahun bermastautin di Dundee Darul Naim, akhirnya beliau bermusafir dan bermukim di Glasgow la pulak. Jangan risau, walaupun jauh di mata,namun masih dekat di hati. Kalau ade sumur di ladang...bla bla..bla..boleh kita berjumpa lagi:D

Pssstt: Kalo ade sesape yg nk dtg melawat,bleh rujuk alamat ni. Flat 5, 3 Knightswood Court,G13 2XN, Anniesland, Glasgow.No telefon umah: 0141 9501705

Eh?Nak tengok gamba lagi? Sila lawati
http://inda2681.fotopages.com


Posted at Monday, January 29, 2007 by mirin_yeah
Comments (2)  

Wednesday, January 24, 2007
Dinner Get Together - Japanese Style

Arakian bermulalah suatu kisah,pada 12 Januari 2007, 2 org budak medic yg baru balik dari Ninewells Hospital ingin membeli 10 pair chicken legs di An-Nur. Karena kedai daging itu terlalu sibuk,mereka berdua diminta datang barang 30 minit kemudian. 2 jejaka ini mengambil keputusan utk menziarah saudara mereka, Dr Khai sefamily, utk melihat anakanda beliau sementara menunggu 30 mins.

Di teratak Dr Khai,berlakulah suatu dialog agung, yg akhirnya membuahkan satu idea bernas yg sungguh cun.

Dr Khai: Tuan hamba berdua, weekend ni korang buat ape?
Mirin: Kitorang xde ape2 plan. Mengapa tuan hamba bertanya?
Dr Khai: Apa kata kite masak makanan Jepun, pastu mkn sesame? x yah ramai2 pon xpe,simple2 jek.Apakah pendapat tuan hamba berdua?
Nizam: Sungguh bernas idea tuan hamba itu. Waaai! Waaai!


Hatta, bermula dari cakap2 kosong tersebut, 3 pemuda tersebut betul2 bersemangat utk merasa makanan Jepun. Cadangan yg pd asalnya cuma melibatkan 3 family (7 org) akhirnya ended up seramai 13 orang,dengan bermacam2 juadah Jepun yg sedap!!

Image Hosted by ImageShack.us

Family Dr Khai dan Kak Inda -Takoyaki (bebola sotong with special ingredients from Japan!!), Family Siti dan Iftida - sushi (sushi rice with cucumber and fish in it, covered by seaweed), Family Mirin,Hedzril,Nizam dan Lizzy- miso soup (bean paste soup), salad,fish tempura & crab tempura (fish and crab coated with batter), Family Alia dan Liyana - Vegetable tempura (veggies coated with batter), chicken teriyaki (chicken with special sauce) & onigiri (rice golf-balls), Fetty - Cukulet (chocolate cake made from Malteser, honey & chocolate!!), Zharif - Air jenama Fanta (air laa,duuh..).

Image Hosted by ImageShack.us

Japanese food, and the non- Japanese people who made them. Not bad aa actually. Oh,thanks for the cameraman (Dr Khai) yg sanggup berkorban mengambil gambar, dan Family Siti- Iftida for the place and pinggan mangkuk n air n cawan n sudu2 sume:)

Image Hosted by ImageShack.us

Pergh, terliur maa berdepan dgn juadah camni!! Due to "certain" people yg dtg lambat, terpaksalah org lain berlapar menunggu kjap. Masing2 merenung makanan kat depan mate, sambil memegang pinggan mangkuk Siti :D

Image Hosted by ImageShack.us


Fetty menjadi penglipur lara seketika sambil Hedzril, Nizam, Siti, dan Lizzy mendengar penuh minat. Si Zharif n Mirin mengambil kesempatan menambah. Biaselah, nilah peluang utk makan makanan jepun...yg halal!

Image Hosted by ImageShack.us


Dr Khai mengambil giliran utk dukung anakanda beliau, Danish Raza utk memberi peluang kpd Kak Inda utk makan. On the other hand, Mirin the Great, terus menerus makan dari awal sampai akhir, nges nges nges.


Video ketika setiap orang memperkenalkan makanan yg mereka buat. Taken by Mirin.


Begitulah kisah 2 pemuda membeli chicken leg di kedai Abu Ziyad, yg berakhir dgn jamuan makanan Jepun. Moral cerita ini: "Manusia yang merancang, namun Tuhan yang menentukan" dan "Hayatilah sejarah penjajahan Jepun di negara kita".

Pictures courtesy of family Dr Khai dan Kak Inda http://inda2681.fotopages.com


Posted at Wednesday, January 24, 2007 by mirin_yeah
Make a comment  

Saturday, January 06, 2007
Jamuan Hari Raya Aidil Adha/ AGM KMD


   Alhamdulillah! segalanya berjalan lancar malam itu bagi menyambut sambutan Aidil Adha dan AGM KMD. Berakhirlah sesi 2006/2007 KMD tanpa kontroversi dengan jamuan Aidil Adha yang penuh bermakna.

   Meskipun beberapa soalan dan pendapat pada malam itu berkenaan biro infomasi membuatkan saya selaku pencatat minit mesyuarat tak senang duduk pada malam itu, namun semuanya diterima dengan rasa berbesar hati dan berterima kasih atas teguran akan segala kekurangan. Semuanya adalah untuk membina bagi melakukan tugas yang lebih baik di masa akan datang!

   Apa yang lebih dititikberatkan ialah semangat ahli ahli KMD yang sedia dan sentiasa lapang bagi berkumpul bagi memeriahkan aktiviti KMD. Yang pasti sambutan Aidil Adha malam itu tak kurang hebatnya dari sambutan-sambutan KMD yang lain.

   Tiada apa yang ingin diucapkan lagi melainkan ucapan terima kasih setinggi kepada semua mewakili KMD dengan ucapan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Image Hosted by ImageShack.us
Ustaz Ameen selaku penghulu KMD sesi 2006/2007 memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan sambutan Aidil Adha kepada semua hadirin. 

Image Hosted by ImageShack.us 
Para hadirin yang hadir pada malam itu bagi memeriahkan jamuan Aidil Adha/ AGM KMD.


Image Hosted by ImageShack.us

(Hanya) Mereka yang ingin bergambar sebelum mengundi dan mengudi secara berjemah pada malam itu! Dari kiri ke kanan, Amirin, Nizam dan Hedzril (Nasib baik undi mereka tidak dikira sebagai undi rosak. Kemungkinan besar keputusan pilihan raya KMD bagi sesi 2007/08 boleh berubah maha dahsyatnya! ;P)


Posted at Saturday, January 06, 2007 by Judasa
Make a comment  

Saturday, October 28, 2006
Selamat Hari Raya KMD! (Jamuan Hari Raya Aidilfitri)

   SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

   Syawal datang lagi bagi memberikan rasa penuh kejayaan setelah penat sebulan berpuasa. Ramadan pergi kembali bagi sekelian kalinya membuatkan rasa rindu menginggap pencinta Ramadan! Tiadalah yang perlu disedihkan melainkan kesyukuran yang perlu di panjangkan kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikanNYA! Nikmat Ramadan dan Syawal...

   Namun KMD merasakan amat bertuah kerana lagi sekali dapat menganjurkan jamuan raya yang sering tidak lepas dari kalendar KMD. Merapatkan semua ahli-ahli KMD dalam majlis penuh ceria dalam suasana perayaan dan kemaafan. Yang seringkali menjadi pengubat rindu bagi mereka yang merindukan kampung halaman.

   Saya disini sekadar mengucap maaf menyusun sepuluh jari atas segala kekurangan diri dan kesilapan. Kalau adapun keterlanjuran adalah niat untuk bergurau.

   ...dam dam dum bunyi mercun!

Image Hosted by ImageShack.us
Kemeriahan Aidilfitri komuniti melayu Dundee!

 Image Hosted by ImageShack.us
Antara wajah-wajah ceria sambutan Hari Raya Aidilfitri KMD (tiada dalam gambar belakang tembok mirin! ;P)


Image Hosted by ImageShack.us
Antara yang dinantikan pada malam itu yang lebih diraikan oleh semua hadirin!

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SEMUA WARGA DUNDEE! 


Posted at Saturday, October 28, 2006 by Judasa
Comment (1)  

Next Page


Judasa
December 26th
Male
Malaysia



mirin_yeah

Ahmad Amirin Jamal
mirin_yeah@yahoo.com
Medicine, Ninewells Hospital and Medical School
Setiausaha Komuniti Melayu Dundee 2007/2008
Zangy Comment Graphics
   

<< August 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed