Thursday, March 29, 2007
Pantun Melayu dan P Ramlee

Assalamualaikum wbt semue, dah lame x update blog nih,maklumlah, xde pape yg dianjurkan under KMD. So, alang2 jumpe bende klaka nih, terimalah pantun2 klasik melayu, dan video clip P Ramlee ini nges nges nges..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang

Psang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang-utang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan lagi

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa ah
Pakailah warna kuning ke,hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, pompuann manyak muda
Ana manyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang,haaa yang tu sedap

Sekian diucapkan. Kepada
semua, majulah sukan untuk negara.



Video tentang Allahyarham P Ramlee, by MMU students.




Lagu "Obat" dari cerite P Ramlee, Doremi.


Posted at Thursday, March 29, 2007 by mirin_yeah

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Judasa
December 26th
Male
Malaysia



mirin_yeah

Ahmad Amirin Jamal
mirin_yeah@yahoo.com
Medicine, Ninewells Hospital and Medical School
Setiausaha Komuniti Melayu Dundee 2007/2008
Zangy Comment Graphics
   

<< March 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed