Arakian bermulalah suatu kisah, terdapat seorang tabib yang baru mengubat ibu tua yang sakiiiiit (cewah,mcm iklan ubat batuk cap ibu dan anak). Adapun semasa tabib itu (actually,masih seorg student medic) sedang bertafakur di bawah pohon di Balgay Park, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa musim panas tabib itu mendapat suatu ilham. Kata tabib tersbut," Indah sungguh cuaca,alangkah sayangnya kalo tidak pergi berkelah bersama member-member". Akhirnya, tabib itu pun mempelawa sahabat-sahabat beliau utk pergi berkelah pada hari Sabtu 25 Ogos 2007.
Kontinjen Dundee sedang berdiskusi (bukan berdiskosi) mane nak pegi. Lepas bincang2, akhirnya kami decide pegi ke Tentsmuir beach. Kereta Ust Amin (Ust Amin, Kak Fa, Nabhan, Hanan) mengetuai rombongan, diekori rapat oleh kereta Aisyah (Aisyah, Mirin, Kak Lin, Kak Maziah, Irfan).
Kalau berkelah, mestilah kene makan atas tikar mengkuang or carpet. Makanan letak kat tgh2, pastu ramai2 keliling makanan sambil duduk atas tikar. Baru mcm satu family
Cayalah Mirin, power sungguh rendang or kari or whatever that it. Tgk kaler pon dah tau sedap giler. Ape die? Nak tahu resepi? Cube tanye pakcik Brahim,hahaha
"Ngaaaaa!! Makan budok!" kata Aisyah seraya memakan epal terebut. Sementara Aisyah dgn kemanisan epalnya, Kak Maziah dan Kak Leen layan nasi himpit. Semalamam tuh nak buat nasik tuh,hehe
Kiri: Aisyah dan Nabhan. Kanan: Memperkenalkan Fatimah Zatul Hanan, the girl version of Nabhan :P
Setelah makan2, kami pon mula berjalan ke pantai. Angin time tuh mmg best, suhu angin tu pon mmg best, so agak santai ketika berjalan ke pantai. Since pantai tuh ade pasir, so sesape yg pakai sandal akan rasa lebih nyaman :)
On the way to the beach from the picnic area. Cewah, jalan macam model la plak.
Skrg dah quarterway ke pantai so amek gamba sat. Rumput tu nampak je harmless,tp actually agak tajam,so sakit gak laa kalo terkene hujung die.
Skrg baru halfway ke pantai. Xebelum sampai kat pantai, jalan telah dilintasi aliran air yg agak dalam, so sape2 yg pakai kasut tuh xleh nak lintas. Nasib baik ada orang yg pakai sandal (Mirin n Irfan), so bleh laa tolong carikkan kayu kayan or papan utk dijadikan jambatan. Kelihatan dlm gamba ni Aisyah cube meniti penuh cermat, diikuti Kakfa yg menggendong Nabhan yg nyaris-nyaris nak jatuh.
Amek gamba lagi. Dari kiri: Kak Fa, Nabhan,Aisyah, Kak Leen, Kak Maziah.
Kiri: Antara aktiviti bile dah sampai kat pantai ialah main bola atau kalo nak lebih akurat (accurate) lagi, main sepak-sepak bola. Kanan: Aktiviti kedua ketika di pantai, sambung makan lagi :D
Aktiviti ketiga ketika di pantai. Inilah karya Mirin yg diberi nama Doggie the smiling dog. Mmg banyak anjing yg dibawa berjalan2 kat pantai tuh,lalu memberikan Mirin idea utk tema lakaran beliau.
On the way balik ke kereta. Kami lepak2 kat pantai tuh dalam sejam lebih kot.
Dari kiri: Gaya, Mutu, Keunggulan (dan cool,hehe)
Begitulah berakhirnya kisah konvoi kami ke Tentsmuir beach. Sungguh tak sia2, krn cuaca alhamdulillah sangat baik, dan makanannya pon alhamdulillah edible and of course la sedap :) InsyaAllah, kalau ada summer yang panjang, boleh kita berkelah lagi. Dari kiri: Ust Amin (mendukung Nabhan), Kak Fa (mendukung Hanan), Kak Maizah, Aisyah Mirin. Jurukamera: Kak Leen. Irfan pergi carik kumbang kat mane ntah.
Ps: Ade kude tau kat Tentsmuir beach buleh tunggang kalo nak,tp kene bayar la kot. Dari kiri: Lupin, Voldemort (muahahahaha)
Picture courtesy of Aisyah
Posted at Friday, September 07, 2007 by mirin_yeah
malaysia web design July 1, 2009 09:38 AM PDT memang merikla aktiviti macam ni
malaysia seo April 2, 2009 11:53 AM PDT macam best je
Ahmad Amirin Jamal
mirin_yeah@yahoo.com
Medicine, Ninewells Hospital and Medical School
Setiausaha Komuniti Melayu Dundee 2007/2008
Zangy Comment Graphics