|
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
Syawal datang lagi bagi memberikan rasa penuh kejayaan setelah penat sebulan berpuasa. Ramadan pergi kembali bagi sekelian kalinya membuatkan rasa rindu menginggap pencinta Ramadan! Tiadalah yang perlu disedihkan melainkan kesyukuran yang perlu di panjangkan kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikanNYA! Nikmat Ramadan dan Syawal...
Namun KMD merasakan amat bertuah kerana lagi sekali dapat menganjurkan jamuan raya yang sering tidak lepas dari kalendar KMD. Merapatkan semua ahli-ahli KMD dalam majlis penuh ceria dalam suasana perayaan dan kemaafan. Yang seringkali menjadi pengubat rindu bagi mereka yang merindukan kampung halaman.
Saya disini sekadar mengucap maaf menyusun sepuluh jari atas segala kekurangan diri dan kesilapan. Kalau adapun keterlanjuran adalah niat untuk bergurau.
...dam dam dum bunyi mercun!
 Kemeriahan Aidilfitri komuniti melayu Dundee!
 Antara wajah-wajah ceria sambutan Hari Raya Aidilfitri KMD (tiada dalam gambar belakang tembok mirin! ;P)
 Antara yang dinantikan pada malam itu yang lebih diraikan oleh semua hadirin!
 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SEMUA WARGA DUNDEE!
|