|
Alhamdulillah! segalanya berjalan lancar malam itu bagi menyambut sambutan Aidil Adha dan AGM KMD. Berakhirlah sesi 2006/2007 KMD tanpa kontroversi dengan jamuan Aidil Adha yang penuh bermakna.
Meskipun beberapa soalan dan pendapat pada malam itu berkenaan biro infomasi membuatkan saya selaku pencatat minit mesyuarat tak senang duduk pada malam itu, namun semuanya diterima dengan rasa berbesar hati dan berterima kasih atas teguran akan segala kekurangan. Semuanya adalah untuk membina bagi melakukan tugas yang lebih baik di masa akan datang!
Apa yang lebih dititikberatkan ialah semangat ahli ahli KMD yang sedia dan sentiasa lapang bagi berkumpul bagi memeriahkan aktiviti KMD. Yang pasti sambutan Aidil Adha malam itu tak kurang hebatnya dari sambutan-sambutan KMD yang lain.
Tiada apa yang ingin diucapkan lagi melainkan ucapan terima kasih setinggi kepada semua mewakili KMD dengan ucapan...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!
 Ustaz Ameen selaku penghulu KMD sesi 2006/2007 memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan sambutan Aidil Adha kepada semua hadirin.
Para hadirin yang hadir pada malam itu bagi memeriahkan jamuan Aidil Adha/ AGM KMD.
 (Hanya) Mereka yang ingin bergambar sebelum mengundi dan mengudi secara berjemah pada malam itu! Dari kiri ke kanan, Amirin, Nizam dan Hedzril (Nasib baik undi mereka tidak dikira sebagai undi rosak. Kemungkinan besar keputusan pilihan raya KMD bagi sesi 2007/08 boleh berubah maha dahsyatnya! ;P)
|